Welcome to my online diaries. Be nice here. Thank you. ツ +Follow | Dashboard

Monday, November 11, 2013

A day well spent :D

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum.
Well hello there :)
Apa khabaq ? Sihat ? Alhamdulillah.

Okay harini aku nak cerita pasal semalam. Finally, dapat jumpa balik kawan baik time sekolah dulu.
Nak dekat 2 tahun lebih juga kita orang tak hang out sama-sama. Masing-masing semua busy, U pula lain-lain, lagilah susah nak jumpakan. yang seorang sekarang tengah degree dekat UTP, yang sorang lagi degree dekat UNITEN, yang sorang lagi diploma dekat UiTM Lendu and aku diploma dekat UiTM Segamat. So memang susah sangat nak jumpa. Cuti memang tak sama. Kalau sama pon aku dengan yang UiTM tu je lahh.

So semalam kite orang dapat berkumpul balik. Macam zaman sekolah dulu. Best giler ! Seronok jumpa kawan lama balik. Tak plan pon nak jumpa tetiba je dia orang ajak keluar. Haih --. aku dah lah tengah tak ada duit. Time-time macam ni pula dia orang nak ajak kan. Sabo jelahh. Terpaksa lah minta parents duit. Nasib baik depa bagi na, kalau tak, memang tak dapat lah nak jumpakan.

Kami keluar dalam pukul 11 lebih macam tu. Keluar pergi Mahkota Parade and Dataran Pahlawan je pon. Then sampai je sana terus pergi tengok tiket wayang. Kita orang tengok cerita Ender's Game, cerita tu start pukul 2. Actually kita orang nak tengok cerita Baby Blues tapi cerita tu petang, paling awal pukul 6. Habis tu nak suruh kita orang balik pukul berapa pula kan. Dah lah keluar pagi, so kena lah balik awal. Kalau keluar petang tu tak apa lah juga nak balik lambatkan. Okay sambung balik aktiviti yang kita orang buat semalam, okay after tu kita orang pergi Secret Recipe, makan-makan semua. Customer Service dia lembap okay, tapi charge mahal untuk CS tu --. Then lepas makan tu kita orang pergi lah tengok wayang, cerita tu boleh tahan lah, best lah jugak tapi quite bored bagi aku. Si Eyza sampai tidur tengok cerita tu --. Habis je tengok wayang, masih awal lagi. So kita orang decide nak pergi main bowling sampai je tempat bowling, penuh pula. Sadis T_T aku dah lah suka main bowling so kita orang tukar plan pergi main Laser Tag pulak. Sumpah best. Main tembak-tembak pakai laser. Tapi penat kot main tu. Dah 2 kali dah aku main, dengan pakai kain pulak tu, hahaha baru lah rock. Best shooter and best player okay, aku dapat. *Muka bangga* Dah penat-penat main Laser Tag tu, semua tak nak balik lagi, yela dah lama tak jumpa so kite orang pergi lah dekat tempat bowling balik. *Yess!* Kebetulan orang pon dah tak ramai kita orang pon main lah. Seronok, walaupon kalah. haha and yang penting ada moment best kat situ. Ngahahaha *Gelak jahat* Habis main bowling dalam pukul 6 lebih, konon-konon nak karaoke tapi dah lewat, kita orang pon balik lah. -Tamat-




Thanks you guys for yesterday. Love you ! Nanti ada masa kita keluar lagi ya. Zul belaja rajin-rajin ya. Kesian, dah kena balik U harini. GoodLuck for your test. Eyza and Eina in sha Allah kalau ada mase next week, kita jumpa lagi ya :)

A day spent with friends is always a day well spent ;)

**Sejak bila aku pandai menulis ni ? aku pon aku tak tahu. Haha sebabkan nak juga update, hamik kau post yang paling bosan sekali.



0 comments:

Post a Comment