Welcome to my online diaries. Be nice here. Thank you. ツ +Follow | Dashboard
Showing posts with label MAY 2011. Show all posts
Showing posts with label MAY 2011. Show all posts

Tuesday, May 31, 2011

untuk awak larh sahabat saya :')

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



video ini khas untuk sahabat-sahabat saya ..
saya sayang korang semua :')
rindu sangat dekat korang semua ..
maaf larh kalau aku ada buat korang terguris dengan sikap or kata-kata aku sepanjang perkenalan kita ..
sungguh tak ada niat pown nak sakit kan hati korang semua ..
aku sayang korang ..  gud luck SPM nanti ..
see you di IPT :) !


Friday, May 27, 2011

DISSAPOINTED (!)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum ..
waaaa .. sumpah tak ada mood .. lepas tengok result add math aku tadi ..
giler kecewa larh kan .. lepas ini memang kena rotan dengan sir .. 
salah aku jugak kan .. tak belajar ..
mana tak nyew time nak exam tuh aku memang banyak giler pr0b ..
tak ada mood larh nak belajarkan ..
rasa nak drop jer add math ..
kenapa larh aku tak pandai macam abang aku ..
kan bagos kalau dapat otak macam dia ..
senang jer nak jawab add math ini ..
dah larh tak ada mood nak mencarut panjang-panjang lagi ..
okey bai !


p/s : abang cepat larh balik .. ajar orang add math ! kau jangan nak kedekut ilmu sangat ..




Wednesday, May 25, 2011

jatuh hati ;)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum ..
hehe .. yess! aku dah jatuh hati kat matluthfi ..
suka tengok video-video dia ..
thumbs up  matlutfhi ..


okey bai ..
malas nak mencarut panjang-panjang ..


NAK HIDUP GEMBIRA ?? BACA INI ;)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


1. Lepaskanlah rasa khuatir dan ketakutan
Dua hal ini hanyalah imaginasi fikiran akan suatu kejadian di masa hadapan yang belum tentu akan terjadi. Dan kebanyakan hal-hal yang anda khuatiri dan takuti tidak pernah terjadi. It’s all only in your mind.


2. Buanglah dendam
Yaa, kebanyakan orang memang susah untuk membuang rasa dendam dalam diri. Dendam dan amarah yang disimpan didalam diri hanya akan menyedut energy diri anda dan hanya mendatangkan kelelahan jiwa korang. Buang sahaja!


3. Berhentilah mengeluh
Mengeluh bererti selalu tidak menerima apa yang telah ada saat ini, senang cerita tidak mensyukuri nikmat yang sedia ada. Secara tidak sedar, anda telah membawa beban yang negatif. Belajarlah mensyukuri nikmat.


4. Bila ada masalah, selesaikan satu persatu
Hanya inilah caranya untuk menangani setiap persoalan satu demi satu. Jangan beban diri dan jiwa dengan segala macam hal sekaligus. Kita ini lemah, banyak kekurangan. Bersabar.


5. Tidurlah dengan nyenyak
Semua masalah yang timbul tidak perlu dibawa tidur. Hal tersebut buruk dan tidak sihat. Biasakan tidur dengan nyenyak, nyaman dan damai.


6. Jauhi urusan orang lain
Biarkan masalah orang lain menjadi urusan mereka sendiri. Mereka memiliki cara tersendiri untuk menangani setiap masalahnya.


7. Hiduplah pada saat ini, bukan masa lalu
Nikmati masa lalu sebagai kenangan. Janganlah bergantung padanya. Fokuskan hidupmu pada kejadian saat ini kerana apa yang anda miliki adalah saat ini, bukan kemarin dan bukan esok. Be totally present.


8. Jadilah pendengar yang baik
Ketika menjadi pendengar, anda akan belajar dan mendapatkan idea-idea baru yang berbeza dengan orang lain.


9. Berfikirlah positif
Rasa tertekan/tension adalah dari fikiran negatif. Kembalilah berfikiran positif. Bertemanlah dengan orang-orang yang berfikiran positif dan terlibatlah dengan kegiatan-kegiatan yang positif.


10. Bersyukurlah
Bersyukurlah atas hal-hal kecil yang membawa anda pada hal-hal yang besar. Sekecil apapun kurnia/nikmat yang anda terima, akan menghasilkan hal-hal yang besar dan selalu membawa anda kepada KEBAHAGIAAN saat anda sedang bersyukur.


11.last,akak saya cakap....
senyumlah dengan seikhlas hati... 

sy sentiassa mendoakan org d sekeliling sy hdup heppy sentiasa!!!
ingat!! 
HIDUP LAH PADA MASA INI...BUKAN MASA LALU ;)


 sumber : kamuih dewan dan pustakaq

Sunday, May 22, 2011

Takziah

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum ..
korang tengok tak berita semalam pasal tanah runtuh dekat hulu langat tuh ..
pergh! gila sedihlah tengok semalam ..
16 orang terkorban, 9 org cedera ..
dorang dah larh anak yatim ..
salam takziah untuk keluarga mangsa ..
Al-fatihah







Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU !

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ..
hah jawab jangan tak jawab ..
tak jawab dosa ! huhu ..
okey kali ini aku nak cerita sikit zaman-zaman aku jahiliah dulu ..
tetiba jer teringat zaman muda-muda dulu kan ..
dulu masa sekolah rendah .. aku teramat larh sangat 'baik' .. haha  ..
sampaikan cikgu pon dah malas nak layan ..
dulu aku ada satu geng .. ada tiga orang .. iaitu aku, darina, and fatin ..
kita orang ini memang nakal sangat ..dekat sekolah kita orang kelas first ..
tapi perangai macam budak kelas hujung ..
mana tak nyew .. HARI-HARI kita orang ponteng kelas ..
terbaik kan .. dah larh nak UPSR time tuh ..
pernah satu hari tu kita orang ponteng dari pukul 9 a.m sampai balik ..
tuh larh paling lama .. satu sekolah pengawas cari ..
tapi tak jumpa .. hahahaha .. kelakar gila masa tu ..
kita orang juga pernah kena kan cikgu ..
hahaha .. tu lagi teruk kowt .. fikir-fikir balik memang tergelak larh kan ..
penad cikgu-cikgu melayan kerenah kita orang .. last-last kita orang punya result UPSR ..
okey larh .. berjaya juga kita orang ..
thanx kepada cikgu-cikgu yang mengajar kami dan sanggop melayan kerenah kami yang nakal ini ..
 tanpa cikgu siapa larh kami .. huhu ..

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia ;)


p/s : btw sambutan dekat sekolah tadi gempak giler ! siap ada konsert .. nanti kalau aku rajin aku upload kan video persembahan dorang ..









Sunday, May 15, 2011

JOM SERBU !

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


kau nampak tak apa benda itu ..
tak nampak ?? haish kau ini memang buta larh .. tak apa-tak apa ..
aku pon malas nak cerita banyak ..
kalau kau nak tau kau pergi larh tengok sendiri dekat sini
cepat sementara masih ada !


Saturday, May 7, 2011

soley-soley~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum .. helo readers ..
hari ini aku nak tunjuk dekat korang-korang video persembahan budak-budak koir masa persaraan pengetua hari tu ..
video ini dah lama larh juga ..
nah ambil ini ..
soley-soley~





ADAB MEMILIH KAWAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Dalam bersahabat,ada dua pokok utama yng perlu diperhatikan:


1- Cara memilih sahabat.
2- Cara menunaikan hak2 persahabatan (adab2 bersahabat)


1-Cara memilih sahabat


Dalam bersahabat,hendaklah diperhatikan syarat2 bersahabat. Maka jangan kau bersahabat kecuali dgn orang yng layak untuk dijadikan sahabat.


Rasulullah SAW bersabda:



Ertinya: Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya. Oleh kerana itu, hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yng patut dijadikan sahabat,
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan Baihaqi)


Maka, apabila kau mahu mencari sahabat yng ingin dijadikanmu sebagai pembantu dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,hendaklah dipastikan padanya 5 syarat:


1-Orang yng berakal:

Tidak ada kebaikan bersahabat dgn orng yng bodoh,kerana ianya akan membawa kepada pemusuhan dan menyakitkan hati. Paling baik pun,yang akan kau dapati daripadanya hanyalah kau terselamt dari mudaratnya,sedangkan dia berusaha membawa manfaat kepadamu. Ianya kerana musuh yng berakal itu lebih baik daripada sahabat yng bodoh. Di dalam hal ini, Saidina Ali bin Abi Talib R.A pernah berkata:



Ertinya:
*Dan jangan kau bersahabat dgn orng yng bodoh. Jauhi akan dia.
*Berapa banyak orang yang jahil yng telah membinasakan orang alim ketika dia bersahabat dengannya.
*Seseorang itu akan dinilai mengikut tingkatan sahabatnya, ketika dia berjalan dengannya.
*Kerana bagi segala sesuatu ada ukuran dan keserupaannya.
*Maka begitulah halnya hati yng menyerupai hati yang lain. Ia akan menunjukkan hubungan ketika adanya pertemuan (persahabatan).



2-Orang yang baik akhlaknya:


Janganlah kau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya, iaitu orang yng tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya. Dan Saidina ‘Alqamah telah menghimpunkan segala akhlak yng baik dalm wasiatnya kepada anaknya ketika beliau hendak meninggal dunia, ‘Alqamah berkata:

Wahai anakku ! Apabila kau mahu bersahabat dengan seseorang,maka jalinkanlah persahabatanmu dgn orang yang:


1-Apabila kau berkhidmat dgnnya, dia akan memeliharamu.

2-Apabila kau bersahabat dgnnya, akan bertambah nilai dirimu.

3-Apabila kau ditimpa kesusahan,dia akan turut sama menanggung kesusahanmu.

4-Apabila kau menolongnya,nescaya dia akan membalas jasamu.

5-Apabila dia melihat kebaikanmu,nescaya dia akan mengambil kira akannya (nilai kebaikan tersebut).

6-Apabila dia melihat kejahatan pada dirimu,nescaya akan ditutupkannya olehnya.

7-Apabila engkau berkata,nescaya dia akan membenarkan perkataanmu.

8-Apabila engkau mengusahakan sesuatu perkara,nescaya dia akan menolongmu.

9-Apabila engkau berselisih dgnnya akan sesuatu,nescaya dia akan melebihkanmu.


Dan berkata Saidina Ali bin Abi Talib R.A:



Ertinya: Saudaramu yng sebenarnya adalah orang yng selalu menolongmu (di waktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban ntuk memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya untuk menolongmu dalam menghadapi bala dan ujian.


3-Orang yng soleh:

Jangan kau bersahabat dengan orng yng fasik yng selalu mengerjakan dosa besar,kerana orng yng takut akan Allah itu tidak kekal dalm membuat dosa besar dan orng yng tidak takut akan Allah itu tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendirian tidak tetap,selalu berubah2 mengikut keadaan dan tekanan.

Allah berfirman kepada Rasulullah SAW:



Maksudnya: “Dan janganlah kau patuh akan orang yang telah Kami lupakan akan hatinya daripada mengingati Kami dan terus sahaja mengikut hawa nafsunya.”
(Surah Al-Kahfi, ayat 28)

Maka jauhi daripada bersahabat dgn orng yng fasik kerana berterusan melihat perkara2 yng fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya kau merasa ringan memandang maksiat. Cuba kau lihat.. Orng ramai menganggap mudah dosa ghibah (mengumpat) kerana mereka sudah biasa melakukan maksiat tersebut tapi jika mereka melihat seorang alim memakai cincin emas dan kain sutera nescaya mereka amat mengingkarinya. Padahal dosa ghibah itu jauh lebih besar daripada memakai cincin emas atau pakaian sutera.


4-Jangan bersahabat dgn orang yng tamak dunia:


Bersahabat dengan orang sebegini umpama racun yng dapat membunuh, kerana sudah menjadi tabiat seseorang itu cepat sekali meniru dan mengikut tabiat orang lain dan perangai yng baik cepat sekali berubah menjdai jahat, sedangkan kita tidak menyedarinya. Maka suka bersekedudukan dgn orang yng tamak pada dunia akan menambah tamakmu terhadap dunia. Dan sebaliknya jika suka bersekedudukan dgn orang yang zuhud akan menambah zuhudmu pada dunia.


5-Orang yng benar:


Jangan bersahabat dgn pendusta. Barangkali dia akan menipu kaumkerana dia laksana
Fatamorgana yng seakan-akan mendekatkan yng jauh atau menjauhkan yang dekat.


Inilah 5 syarat yng perlu dicari dalm pemilihan sahabat. Barangkali susah ntuk mendapatkan seseorang yng memiliki kesemua sifat2 ini walaupun pada orng mengaji di surau2 atau duduk beribadat di dalm masjid.


Oleh itu,tiada jalan bagimu kecuali kau memilih satu di antara dua jalan ini:


Pertama:
Ber’uzlah iaitu mengasingkan diri drpd orang ramai, kerana di situlah terletaknya keselamtanmu.


Kedua:
Bergaul dgn orng ramai mengikut kedudukan mereka masing2 yng berdasarkan kepada 3 pembahagian:


1-Saudaramu untuk akhiratmu, maka janganlah kau pehatikan padanya kecuali hal2 agama.

2-Saudaramu ntuk duniamu, maka janganlah kau perhatikan padanya kecuali hanya akhlak yngbaik.

3-Saudaramu untuk kejinakan hatimu, maka jngn kau perhatikan padanya kecuali hanya keselamatanmu dari kejahatannya, fitnahnya dan keburukannya.


Di dalam perumpamaan lain,manusia itu terbahagi kepada 3:


1-Orang yng seumpama makanan asas yng tidak boleh tidak daripadanya.

2-Orng yng seumpama ubat yng diperlukan pada masa2 tertentu sahaja bukan setiap masa.

3-Orng yng seumpama penyakit yng perlu dihindari daripadanya,namun terkadang seorang hamba itu dibalakan dengannya walaupun penyakit itu tidak disenanginya dan tiada manfaatnya. Maka perlulah seseorang itu mengambil langkah2 bijak supaya dia dapat selamat daripadanya. Namun,di dalam penyakit itu ada satu rahsia besar seandainya kau mampu menghadapinya,iaitu apabila kau cuba memperhatikan keadaannya dan kesannya yng buruk, alu setelah itu kau pun menjauhkan diri daripadanya.


ukhwah fillah abadan abada... insyaAllah


p/s: hanya sekadar ingin berkongsi maklumat sahaja .. tiada niat lain ;) 
sumber : Secangkir bicara

Sunday, May 1, 2011

TAHNIAH (!)

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum .. helo readers  ..
entry kali ini khas buat budak-budak dikir barat SMK Bukit Rambai ..
tahniah korang dapat naib johan dalam pertandingan dikir barat ..
terbaik larh korang ..





 inilah wajah-wajah yang telah mengharumkan nama BRASS !
korang memang terbaiklah ..



p/s: klik pada gambar untuk tumbesaran ;)